CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, February 19, 2011

apa sebenarnya kawan...???

Apa erti kawan ?
Jika tidak suka menolong .
Apa erti kawan ?
Jika asyik bermasam muka .
Apa erti kawan ?
Jika kejujurannya dipertikaikan .
Apa erti kawan ?
Jika tiada rasa sayang .
Apa erti kawan ?
Jika tiada belas kasihan .
Apa erti kawan ?
Jika kebaikan tidak dinilai .
Apa erti kawan ?
Jika diri tiada teman ....
Kawan yang mulia ,
Kawan yang sebenar,
Kawan yang abadi..
ILMU
ialah kawan yang sejati !


Di manakah letaknya
kejujuran,
Apakah sebenarnya erti
pengorbanan,
Antara kuasa, cinta,
nafsu dan keinsanan.


Meskipun pelbagai kesengsaraan
menimpa hidupmu
walaupun kesakitan dan keperitan menjadi
bebanan
tabahkan hatimu
harungi lautan ini
demi matlamat yang kau gapaikan
bangunlah kawanku..bangun...


sebagai jasad yang berdiri di bumi bertuah ini
janganla disebabkan hal yang remeh,
persahabatan kita gadaikan
memang kita bukan yang maha esa
yang sentiasa mengampunkan umatnya,
tapi salahkah kita sama2 duduk berbincang
demi menyelesaikan sesuatu masalah..??
maaf sekiranya ada yang terasa..
bukan maksudku untuk menyinggung sesiapa
cuma aku tidak mahu persahabatan yang terbina sekian lama
terkubur akhirnya..


fara sayangkan mereka sangat2...
fara doakan semoga persahabatan kami akan berkekalan sampai ke akhir nyawa kami...
aminnn...

0 comments:

gEnG2 skOdEnG...!!

There was an error in this gadget