CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 18, 2013

Jangan ambil dia dariku...

Dulu kau biarkan dia menderita kerana mu,
dulu kau biarkan dia menangis kerana menanggung rindu padamu,
dulu kau biarkan dia tersiksa dengan janji-janji palsu mu..
tidakkah kau terfikir betapa sakitnya dirinya kerana kamu..??

siang dan malam dia merindui kamu,teringatkan kamu dan menyayangi kamu..
tapi kamu...???
tegarnya hatimu memperlakukannya seperti itu..
kamu membiarkan dia tanpa sebarang kata..
tiap kali dia merinduimu,dia akan call dan menghantar pesanan ringkas untuk bertanyakan khabar darimu..
tapi kamu hanya diam menyepikan diri dan memarahi dirinya kerana menelefon kamu dengan alasan kamu sibuk dan tiada masa untuknya..

siang dan malam aku menadahkan telingaku semata-mata untuk mendengar luahan perasaan darinya yang sedang berduka keranamu..
bermacam-macam cara aku dan kawan-kawan lakukan untuk mengembirakan hatinya..
dan bermacam-macam nasihat telah aku berikan kepadanya untuk membangkitkan semula semangat yang telah hilang disebabkan oleh kamu..

sehinggakan aku sendiri terpikat dengan cara dan kelembutan hatinya dalam menghargai erti persahabatan kami..

semakin hari hubungan kami menjadi semakin rapat dan boleh dikatakan lebih dari sekadar kawan biasa..
aku bersyukur kepadaNya kerana telah kembalikan senyuman di wajah hambanya yang telah lama menderita itu..

hari berganti hari,bulan berganti bulan..
hubungan kami bertambah mesra dan berputik perasaan sayang dan cinta dalam hatiku padanya..
aku merasakan sungguh gembira bila berada di sisinya..

tapi mengapa setelah kami gembira bersama,
kamu mucul kembali dalam hidupnya dan mengganggu kebahagiaan yang telah kami bina bersama..??

kau hadir tanpa diundang dan membangkitkan semula kisah-kisah lama bersamanya..
sehingga membuatkan dirinya keliru dan celaru dalam membuat pilihan hidup..
kenapa kamu muncul kembali setelah hatinya kau lukai..??
kenapa kamu mencarinya kembali setelah dirinya ku miliki..??

tolonglaa..aku merayu padamu..
jangan ganggu dirinya lagi..aku tidak sanggup melihat hatinya dilukai oleh janji-janji palsu mu itu lagi..
biarkan la kami bahagia dengan kehidupan kami ini..

aku memang teramat menyayangi dan menyintai dirinya sepenuh hatiku..
niat dihatiku ingin menjadikannya imam di dalam solatku..
tetapi, 
jika kamu yang menjadi pilihan hatinya,
aku sanggup melepaskannya pergi..
bukan kerana aku tidak menyintainya..
tetapi kerana aku hanya ingin melihat dirinya bahagia bersama pilihan hatinya..

aku tidak kisah jika hatiku terluka dan menderita..
kerana bagiku,kebahagiaan dirinya amat penting untukku..

                                                            -adira121212-

gEnG2 skOdEnG...!!