CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 24, 2014

1st february 2014..Dia MilikKu & Aku MilikNya

Tanggal 1st february 2014, segala janji dan kata-kata manis telah di kotakan dengan sekali lafaz "aku terima nikannya..." daripada kekasih hatiku yang sekarang bergelar suami dan juga imam dalam solatku..
alhamdulillah..aku bersyukur kehadrat illahi kerana temukan aku dan jodohkan aku dengan insan sepertinya..
kini aku telah bergelar isteri kepada Encik Bomba iaitu Abdul hadi Yusof...

kengkadang bila di ingatkan balik kisah pertama kali perkenalan,rasa macam tidak percaya yang dia adalah suamiku kini.. kami kenal melalui dua orang rakan karib dan perkenalan kami hanyalah melalui telefon selama beberapa hari dan dia hilangkan diri selama hampir 1 tahun lamanya..

kami mula berhubung kembali pada malam hari raya pada tahun 2012 dan sehingga aku dan dia menjadi seorang sahabat yang sangat rapat sehingga segala masalah kami berkongsi bersama-sama dan tidak disangka-sangka persahabatan kami bertukar menjadi cinta dan sayang..

dalam hanya beberapa bulan sahaja kami menjalinkan hubungan cinta, dia telah melamarku untuk di jadikan isterinya apabila kami bersama rakan-rakan yang lain pulang daripada bercuti di pulau pangkor..
Aku sangat kagum dengan dirinya kerana dia sangat berani berhadapan dengan kedua ibubapaku seorang diri untuk menyatakan hajatnya mengambil aku sebgai isterinya yang sah..

Syukur kerana kedua ibubapaku menerima pinangannya dan pada hari raya kedua pada tahun 2013, kami telah mengikatakan tali pertunangan selama 6 bulan.. walaupun aku masih dalam latihan, namun aku yakin bahawa aku dapat tunaikan tanggungjawab aku sebagai isteri jika aku berkahwin semasa aku masih dalam latihan kejururawatan di bawah KKM, jadi kami nekad untuk meneruskan ikatan cinta kami dengan ikatan perkahwinan..

kini, aku isterinya dan dia suamiku yang sah..walaupun usia perkahwinan kami sudah masuk 3 bulan lebih, namun aku bersyukur kerana sikap suamiku tidak pernah berubah walaupun sedikit..sikap dan perangainya sejak daripada kami berkawan sehingga sekarang tetap sama.. 

terima kasih Abang kerana sudi menerima Eiyra sebagai isteri abang.. Eiyra harap perkahwinan kita ini akan kekal sehingga ke syurga dan Eiyra berjanji akan cuba sedaya upaya untuk sempurnakan dan bahagiakan hidup abang hingga ke nafas terakhir Eiyra di dunia ini...insyaallah...          (Hadieyra)

gEnG2 skOdEnG...!!