CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 6, 2013

aku hanya inginkan pasangan yang sederhana

Aku hanyalah wanita biasa.
Aku bukanlah wanita berparas cantik jelita.
Aku juga bukanlah wanita yang punya segalanya.

Aku hanyalah seorang wanita yang ingin pasangan sederhana.
Aku tidak ingin menilai setampan apa rupanya.
Aku tidak ingin menilai sebanyak apa hartanya.
Aku tidak ingin menilai setinggi apa kedudukannya.

Pasangan yang berlandaskan ketakwaan-NYA.
Pasangan yang mengharapkan Syurga-NYA.
Pasangan yang akan membawa keberkahan dan keridhaan-Nya.
Aku berharap kelak di sebuah perbatasan waktu.
Aku dipertemukan dengan pasangan pilihan-Nya.

Seseorang yang hatinya terpaut kepada-Nya.
Seseorang yang mengikuti sunnah Rasul-Nya.
Seseorang yang berpedoman pada Kitab-Nya.
Seseorang yang akan ikhlas menerima segala kekuranganku.

Yang akan mampu membimbing hidupku.
Yang akan mampu mengisi dan melengkapi hari-hariku.
Yang akan menahkodai bahtera rumah tanggaku.
Yang mencintaiku tanpa menuntut kesempurnaan dariku.

Aku ingin menyayanginya secara sederhana.
Aku harap dia juga menyayangiku secara sederhana.
Sesederhana aku dalam mencintainya.
Biarlah saat ini aku menyemai cinta bersama-Nya.
Menyemai kerinduan akan wajah-Nya.
Sebelum aku dipertemukan dengannya.

Aku bermimpi untuk membangun Istana Indah.
Walaupun istana itu hanyalah pondok kecil yang terbuat dari bambu.
Berpagarkan ketulusan cinta dan kasih sayang.
Akan kujadikan pondokku sebagai Syurga bagi Suami dan anakku.

Hanya satu keinginanku.
Iaitu ingin menjadi seorang Isteri Sholehah.
Bimbing lah aku :')

Monday, February 18, 2013

Jangan ambil dia dariku...

Dulu kau biarkan dia menderita kerana mu,
dulu kau biarkan dia menangis kerana menanggung rindu padamu,
dulu kau biarkan dia tersiksa dengan janji-janji palsu mu..
tidakkah kau terfikir betapa sakitnya dirinya kerana kamu..??

siang dan malam dia merindui kamu,teringatkan kamu dan menyayangi kamu..
tapi kamu...???
tegarnya hatimu memperlakukannya seperti itu..
kamu membiarkan dia tanpa sebarang kata..
tiap kali dia merinduimu,dia akan call dan menghantar pesanan ringkas untuk bertanyakan khabar darimu..
tapi kamu hanya diam menyepikan diri dan memarahi dirinya kerana menelefon kamu dengan alasan kamu sibuk dan tiada masa untuknya..

siang dan malam aku menadahkan telingaku semata-mata untuk mendengar luahan perasaan darinya yang sedang berduka keranamu..
bermacam-macam cara aku dan kawan-kawan lakukan untuk mengembirakan hatinya..
dan bermacam-macam nasihat telah aku berikan kepadanya untuk membangkitkan semula semangat yang telah hilang disebabkan oleh kamu..

sehinggakan aku sendiri terpikat dengan cara dan kelembutan hatinya dalam menghargai erti persahabatan kami..

semakin hari hubungan kami menjadi semakin rapat dan boleh dikatakan lebih dari sekadar kawan biasa..
aku bersyukur kepadaNya kerana telah kembalikan senyuman di wajah hambanya yang telah lama menderita itu..

hari berganti hari,bulan berganti bulan..
hubungan kami bertambah mesra dan berputik perasaan sayang dan cinta dalam hatiku padanya..
aku merasakan sungguh gembira bila berada di sisinya..

tapi mengapa setelah kami gembira bersama,
kamu mucul kembali dalam hidupnya dan mengganggu kebahagiaan yang telah kami bina bersama..??

kau hadir tanpa diundang dan membangkitkan semula kisah-kisah lama bersamanya..
sehingga membuatkan dirinya keliru dan celaru dalam membuat pilihan hidup..
kenapa kamu muncul kembali setelah hatinya kau lukai..??
kenapa kamu mencarinya kembali setelah dirinya ku miliki..??

tolonglaa..aku merayu padamu..
jangan ganggu dirinya lagi..aku tidak sanggup melihat hatinya dilukai oleh janji-janji palsu mu itu lagi..
biarkan la kami bahagia dengan kehidupan kami ini..

aku memang teramat menyayangi dan menyintai dirinya sepenuh hatiku..
niat dihatiku ingin menjadikannya imam di dalam solatku..
tetapi, 
jika kamu yang menjadi pilihan hatinya,
aku sanggup melepaskannya pergi..
bukan kerana aku tidak menyintainya..
tetapi kerana aku hanya ingin melihat dirinya bahagia bersama pilihan hatinya..

aku tidak kisah jika hatiku terluka dan menderita..
kerana bagiku,kebahagiaan dirinya amat penting untukku..

                                                            -adira121212-

Friday, January 18, 2013

mungkin aku dicipta untuk disakiti oleh insan sepertimu...

sejak daripada dulu lagi aku tidak pernah percayakan orang laki walaupun ayah kandung aku sendri kerana aku telah lihat sendiri betapa perit dan sakitnya hati ibu yang aku sayangi ditipu dan dilukai oleh insan bernama lelaki...semenjak dari itu,aku telah tanamkan dalam hati dan fikiran aku yang aku tidak akan percayakan lelaki selamanya...

tapi setelah hari berganti hari dan tahun berganti tahun,aku telah bertemu dengan seorang hamba allah yang tersangat baik dan indah akhlak dan tingkah lakunya dan telah membuatkan hati aku terpaut padanya..
semenjak daripada itu,aku cuba ubah pendirian aku untuk cuba mempercayai insan yang bernama lelaki..
alhamdulillah..semuanya bermula dengan indah setelah aku mengenalinya...

setelah hampir 1bulan lebih kami bercinta,dugaan pula menerpa..aku tahu yang dia masih menyayangi dan mencintai wanita yang pernah hadir dalam hidupnya sebelum diriku..tapi kenapa harus dia menipu diriku..??
salahkah kalau dia berterus terang sahaja pada aku tentang persaannya daripada aku terus dihanyut perasaan sayang dan cinta padanya..??

sekali lagi hati aku dilukai oleh lelaki...ya allah..kenapa ini semua terjadi dalam hidup aku..??adakah aku ini tidak layak untuk mencapai kebahagian seperti hambamu yang lain..??aku tidak pernah ingin menyalahkan pada siapa pun..cuma,kadang kal aku terasa seperti ujian ini teramat berat untuk aku tempuhinya...
ya allah...aku bermohon padamu..kau bantulah diriku ini untuk tabah menghadapi semua ujian darimu ini...

gEnG2 skOdEnG...!!

There was an error in this gadget