
Thursday, April 24, 2014
1st february 2014..Dia MilikKu & Aku MilikNya

Posted by fara keyra at 8:48 AM 0 comments
Wednesday, March 6, 2013
aku hanya inginkan pasangan yang sederhana
Aku hanyalah wanita biasa.
Aku bukanlah wanita berparas cantik jelita.
Aku juga bukanlah wanita yang punya segalanya.
Aku hanyalah seorang wanita yang ingin pasangan sederhana.
Aku tidak ingin menilai setampan apa rupanya.
Aku tidak ingin menilai sebanyak apa hartanya.
Aku tidak ingin menilai setinggi apa kedudukannya.
Pasangan yang berlandaskan ketakwaan-NYA.
Pasangan yang mengharapkan Syurga-NYA.
Pasangan yang akan membawa keberkahan dan keridhaan-Nya.
Aku berharap kelak di sebuah perbatasan waktu.
Aku dipertemukan dengan pasangan pilihan-Nya.
Seseorang yang hatinya terpaut kepada-Nya.
Seseorang yang mengikuti sunnah Rasul-Nya.
Seseorang yang berpedoman pada Kitab-Nya.
Seseorang yang akan ikhlas menerima segala kekuranganku.
Yang akan mampu membimbing hidupku.
Yang akan mampu mengisi dan melengkapi hari-hariku.
Yang akan menahkodai bahtera rumah tanggaku.
Yang mencintaiku tanpa menuntut kesempurnaan dariku.
Aku ingin menyayanginya secara sederhana.
Aku harap dia juga menyayangiku secara sederhana.
Sesederhana aku dalam mencintainya.
Biarlah saat ini aku menyemai cinta bersama-Nya.
Menyemai kerinduan akan wajah-Nya.
Sebelum aku dipertemukan dengannya.
Aku bermimpi untuk membangun Istana Indah.
Walaupun istana itu hanyalah pondok kecil yang terbuat dari bambu.
Berpagarkan ketulusan cinta dan kasih sayang.
Akan kujadikan pondokku sebagai Syurga bagi Suami dan anakku.
Hanya satu keinginanku.
Iaitu ingin menjadi seorang Isteri Sholehah.
Bimbing lah aku :')
Posted by fara keyra at 2:03 AM 0 comments
Monday, February 18, 2013
Jangan ambil dia dariku...
tidakkah kau terfikir betapa sakitnya dirinya kerana kamu..??
tegarnya hatimu memperlakukannya seperti itu..
aku merasakan sungguh gembira bila berada di sisinya..
kau hadir tanpa diundang dan membangkitkan semula kisah-kisah lama bersamanya..
niat dihatiku ingin menjadikannya imam di dalam solatku..
tetapi,
-adira121212-
Posted by fara keyra at 8:46 AM 0 comments
Friday, January 18, 2013
mungkin aku dicipta untuk disakiti oleh insan sepertimu...
sejak daripada dulu lagi aku tidak pernah percayakan orang laki walaupun ayah kandung aku sendri kerana aku telah lihat sendiri betapa perit dan sakitnya hati ibu yang aku sayangi ditipu dan dilukai oleh insan bernama lelaki...semenjak dari itu,aku telah tanamkan dalam hati dan fikiran aku yang aku tidak akan percayakan lelaki selamanya...
tapi setelah hari berganti hari dan tahun berganti tahun,aku telah bertemu dengan seorang hamba allah yang tersangat baik dan indah akhlak dan tingkah lakunya dan telah membuatkan hati aku terpaut padanya..
semenjak daripada itu,aku cuba ubah pendirian aku untuk cuba mempercayai insan yang bernama lelaki..
alhamdulillah..semuanya bermula dengan indah setelah aku mengenalinya...
setelah hampir 1bulan lebih kami bercinta,dugaan pula menerpa..aku tahu yang dia masih menyayangi dan mencintai wanita yang pernah hadir dalam hidupnya sebelum diriku..tapi kenapa harus dia menipu diriku..??
salahkah kalau dia berterus terang sahaja pada aku tentang persaannya daripada aku terus dihanyut perasaan sayang dan cinta padanya..??
sekali lagi hati aku dilukai oleh lelaki...ya allah..kenapa ini semua terjadi dalam hidup aku..??adakah aku ini tidak layak untuk mencapai kebahagian seperti hambamu yang lain..??aku tidak pernah ingin menyalahkan pada siapa pun..cuma,kadang kal aku terasa seperti ujian ini teramat berat untuk aku tempuhinya...
ya allah...aku bermohon padamu..kau bantulah diriku ini untuk tabah menghadapi semua ujian darimu ini...
Posted by fara keyra at 9:30 PM 0 comments
Sunday, December 9, 2012
jika itu yang terbaik buat mu...
perit,sedih dan pilu dalam hatiku ini tidak dapat aku gambarkan hanya dengan kata-kata..
ya allah..kenapa semua ini terjadi dalam hidup aku..??
dikala aku telah berjumpa dengan hamba mu yang aku rasa dapat memimpin aku kejalanmu,
kenapa dugaaan ini pula yang melanda..??
hadirnya tidak pernah ku duga..
dia datang sebagai seorang rakan dan sering bercerita dan membuat aku ketawa dikala aku sedang bersedih..
segala suka dan duka kami kongsi bersama..seolah-olah tiada langsung rahsia diantara kami..
dari seorang rakan,terbit rasa sayang dan cinta yang tidak pernah aku menyangka..
mungkin benar kata orang tuaku..
orang perempuan dan lelaki tidak boleh menjadi kawan kerana suatu hari nanti akan muncul perasaan sayang dan cinta yang tidak diduga..
mungkin inilah yang aku alami saat ini..
aku sangat bahagia bersamanya..
sudah lama aku tidak merasakan bahagia seperti ini..
tapi mengapa disaat aku sedang bergembira di sisinya,
hadir seorang wanita dari masa lalunya untuk menuntut janji lalu..??
dan membuatkan dia keliru..??
aku mengerti perasaannya..
memang sukar untuk melupakan seseorang yang pernah hadir dalam hati kita..
aku tahu dia keliru untuk memilih diantara aku ataupun sidia..
tidak pernah berniat di hatiku untuk memaksa dirinya untuk memilih aku..
bagiku,seandainya masa lalunya dapat membuat dirinya bahagia,
aku rela lepaskan dia pergi walaupun hatiku berat dan terluka..
cinta tidak semestinya untuk dimiliki..
cinta adalah merelakan orang yang kita cintai bahagia dengan pilihannya walaupun bukan bersama kita..
aku akan biarkan dirinya berfikir dan membuat keputusan yang terbaik untuk masa depannya..
apapun jua keputusannya,aku akan redha dan terima semuanya dengan tenang...insyaallah..
jika itu yang terbaik buat nya,
Posted by fara keyra at 10:45 PM 0 comments
Monday, September 10, 2012
kekeliruan dihatiku...
apakah diriku kau tak perlu lagi
adakah cintaku kau tak perlu lagi
adakah dirimu dah berubah hati terhadap diriku
adakah insan lain bertahta di hatimu
hinggakan dirimu melupakan cintaku
manakah janjimu yang kau beri dulu kepada diriku
kau pernah berkata
cintamu adalah selama-lamanya..
bulan menjadi saksi pada malam itu
kau kata kau cinta
sayangku dengarlah rintihan hatiku
ku ingin kau kembali seperti dahulu
kenangan di jiwa membuatku rindu kepada dirimu
kiranya diriku kau tak perlu lagi
simpanlah kenangan cinta kita di hati
walaupun sukarku untuk ku lalui
biarlah ku pergi...
maafkanla diriku ini...
Posted by fara keyra at 1:02 AM 0 comments
Sunday, January 1, 2012
maafkan aku krna mencintaimu...
Posted by fara keyra at 8:06 PM 0 comments