CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 24, 2014

1st february 2014..Dia MilikKu & Aku MilikNya

Tanggal 1st february 2014, segala janji dan kata-kata manis telah di kotakan dengan sekali lafaz "aku terima nikannya..." daripada kekasih hatiku yang sekarang bergelar suami dan juga imam dalam solatku..
alhamdulillah..aku bersyukur kehadrat illahi kerana temukan aku dan jodohkan aku dengan insan sepertinya..
kini aku telah bergelar isteri kepada Encik Bomba iaitu Abdul hadi Yusof...

kengkadang bila di ingatkan balik kisah pertama kali perkenalan,rasa macam tidak percaya yang dia adalah suamiku kini.. kami kenal melalui dua orang rakan karib dan perkenalan kami hanyalah melalui telefon selama beberapa hari dan dia hilangkan diri selama hampir 1 tahun lamanya..

kami mula berhubung kembali pada malam hari raya pada tahun 2012 dan sehingga aku dan dia menjadi seorang sahabat yang sangat rapat sehingga segala masalah kami berkongsi bersama-sama dan tidak disangka-sangka persahabatan kami bertukar menjadi cinta dan sayang..

dalam hanya beberapa bulan sahaja kami menjalinkan hubungan cinta, dia telah melamarku untuk di jadikan isterinya apabila kami bersama rakan-rakan yang lain pulang daripada bercuti di pulau pangkor..
Aku sangat kagum dengan dirinya kerana dia sangat berani berhadapan dengan kedua ibubapaku seorang diri untuk menyatakan hajatnya mengambil aku sebgai isterinya yang sah..

Syukur kerana kedua ibubapaku menerima pinangannya dan pada hari raya kedua pada tahun 2013, kami telah mengikatakan tali pertunangan selama 6 bulan.. walaupun aku masih dalam latihan, namun aku yakin bahawa aku dapat tunaikan tanggungjawab aku sebagai isteri jika aku berkahwin semasa aku masih dalam latihan kejururawatan di bawah KKM, jadi kami nekad untuk meneruskan ikatan cinta kami dengan ikatan perkahwinan..

kini, aku isterinya dan dia suamiku yang sah..walaupun usia perkahwinan kami sudah masuk 3 bulan lebih, namun aku bersyukur kerana sikap suamiku tidak pernah berubah walaupun sedikit..sikap dan perangainya sejak daripada kami berkawan sehingga sekarang tetap sama.. 

terima kasih Abang kerana sudi menerima Eiyra sebagai isteri abang.. Eiyra harap perkahwinan kita ini akan kekal sehingga ke syurga dan Eiyra berjanji akan cuba sedaya upaya untuk sempurnakan dan bahagiakan hidup abang hingga ke nafas terakhir Eiyra di dunia ini...insyaallah...          (Hadieyra)

Wednesday, March 6, 2013

aku hanya inginkan pasangan yang sederhana

Aku hanyalah wanita biasa.
Aku bukanlah wanita berparas cantik jelita.
Aku juga bukanlah wanita yang punya segalanya.

Aku hanyalah seorang wanita yang ingin pasangan sederhana.
Aku tidak ingin menilai setampan apa rupanya.
Aku tidak ingin menilai sebanyak apa hartanya.
Aku tidak ingin menilai setinggi apa kedudukannya.

Pasangan yang berlandaskan ketakwaan-NYA.
Pasangan yang mengharapkan Syurga-NYA.
Pasangan yang akan membawa keberkahan dan keridhaan-Nya.
Aku berharap kelak di sebuah perbatasan waktu.
Aku dipertemukan dengan pasangan pilihan-Nya.

Seseorang yang hatinya terpaut kepada-Nya.
Seseorang yang mengikuti sunnah Rasul-Nya.
Seseorang yang berpedoman pada Kitab-Nya.
Seseorang yang akan ikhlas menerima segala kekuranganku.

Yang akan mampu membimbing hidupku.
Yang akan mampu mengisi dan melengkapi hari-hariku.
Yang akan menahkodai bahtera rumah tanggaku.
Yang mencintaiku tanpa menuntut kesempurnaan dariku.

Aku ingin menyayanginya secara sederhana.
Aku harap dia juga menyayangiku secara sederhana.
Sesederhana aku dalam mencintainya.
Biarlah saat ini aku menyemai cinta bersama-Nya.
Menyemai kerinduan akan wajah-Nya.
Sebelum aku dipertemukan dengannya.

Aku bermimpi untuk membangun Istana Indah.
Walaupun istana itu hanyalah pondok kecil yang terbuat dari bambu.
Berpagarkan ketulusan cinta dan kasih sayang.
Akan kujadikan pondokku sebagai Syurga bagi Suami dan anakku.

Hanya satu keinginanku.
Iaitu ingin menjadi seorang Isteri Sholehah.
Bimbing lah aku :')

Monday, February 18, 2013

Jangan ambil dia dariku...

Dulu kau biarkan dia menderita kerana mu,
dulu kau biarkan dia menangis kerana menanggung rindu padamu,
dulu kau biarkan dia tersiksa dengan janji-janji palsu mu..
tidakkah kau terfikir betapa sakitnya dirinya kerana kamu..??

siang dan malam dia merindui kamu,teringatkan kamu dan menyayangi kamu..
tapi kamu...???
tegarnya hatimu memperlakukannya seperti itu..
kamu membiarkan dia tanpa sebarang kata..
tiap kali dia merinduimu,dia akan call dan menghantar pesanan ringkas untuk bertanyakan khabar darimu..
tapi kamu hanya diam menyepikan diri dan memarahi dirinya kerana menelefon kamu dengan alasan kamu sibuk dan tiada masa untuknya..

siang dan malam aku menadahkan telingaku semata-mata untuk mendengar luahan perasaan darinya yang sedang berduka keranamu..
bermacam-macam cara aku dan kawan-kawan lakukan untuk mengembirakan hatinya..
dan bermacam-macam nasihat telah aku berikan kepadanya untuk membangkitkan semula semangat yang telah hilang disebabkan oleh kamu..

sehinggakan aku sendiri terpikat dengan cara dan kelembutan hatinya dalam menghargai erti persahabatan kami..

semakin hari hubungan kami menjadi semakin rapat dan boleh dikatakan lebih dari sekadar kawan biasa..
aku bersyukur kepadaNya kerana telah kembalikan senyuman di wajah hambanya yang telah lama menderita itu..

hari berganti hari,bulan berganti bulan..
hubungan kami bertambah mesra dan berputik perasaan sayang dan cinta dalam hatiku padanya..
aku merasakan sungguh gembira bila berada di sisinya..

tapi mengapa setelah kami gembira bersama,
kamu mucul kembali dalam hidupnya dan mengganggu kebahagiaan yang telah kami bina bersama..??

kau hadir tanpa diundang dan membangkitkan semula kisah-kisah lama bersamanya..
sehingga membuatkan dirinya keliru dan celaru dalam membuat pilihan hidup..
kenapa kamu muncul kembali setelah hatinya kau lukai..??
kenapa kamu mencarinya kembali setelah dirinya ku miliki..??

tolonglaa..aku merayu padamu..
jangan ganggu dirinya lagi..aku tidak sanggup melihat hatinya dilukai oleh janji-janji palsu mu itu lagi..
biarkan la kami bahagia dengan kehidupan kami ini..

aku memang teramat menyayangi dan menyintai dirinya sepenuh hatiku..
niat dihatiku ingin menjadikannya imam di dalam solatku..
tetapi, 
jika kamu yang menjadi pilihan hatinya,
aku sanggup melepaskannya pergi..
bukan kerana aku tidak menyintainya..
tetapi kerana aku hanya ingin melihat dirinya bahagia bersama pilihan hatinya..

aku tidak kisah jika hatiku terluka dan menderita..
kerana bagiku,kebahagiaan dirinya amat penting untukku..

                                                            -adira121212-

Friday, January 18, 2013

mungkin aku dicipta untuk disakiti oleh insan sepertimu...

sejak daripada dulu lagi aku tidak pernah percayakan orang laki walaupun ayah kandung aku sendri kerana aku telah lihat sendiri betapa perit dan sakitnya hati ibu yang aku sayangi ditipu dan dilukai oleh insan bernama lelaki...semenjak dari itu,aku telah tanamkan dalam hati dan fikiran aku yang aku tidak akan percayakan lelaki selamanya...

tapi setelah hari berganti hari dan tahun berganti tahun,aku telah bertemu dengan seorang hamba allah yang tersangat baik dan indah akhlak dan tingkah lakunya dan telah membuatkan hati aku terpaut padanya..
semenjak daripada itu,aku cuba ubah pendirian aku untuk cuba mempercayai insan yang bernama lelaki..
alhamdulillah..semuanya bermula dengan indah setelah aku mengenalinya...

setelah hampir 1bulan lebih kami bercinta,dugaan pula menerpa..aku tahu yang dia masih menyayangi dan mencintai wanita yang pernah hadir dalam hidupnya sebelum diriku..tapi kenapa harus dia menipu diriku..??
salahkah kalau dia berterus terang sahaja pada aku tentang persaannya daripada aku terus dihanyut perasaan sayang dan cinta padanya..??

sekali lagi hati aku dilukai oleh lelaki...ya allah..kenapa ini semua terjadi dalam hidup aku..??adakah aku ini tidak layak untuk mencapai kebahagian seperti hambamu yang lain..??aku tidak pernah ingin menyalahkan pada siapa pun..cuma,kadang kal aku terasa seperti ujian ini teramat berat untuk aku tempuhinya...
ya allah...aku bermohon padamu..kau bantulah diriku ini untuk tabah menghadapi semua ujian darimu ini...

Sunday, December 9, 2012

jika itu yang terbaik buat mu...

dentuman di langit seolah-olah mengerti perasaanku kini..
perit,sedih dan pilu dalam hatiku ini tidak dapat aku gambarkan hanya dengan kata-kata..
ya allah..kenapa semua ini terjadi dalam hidup aku..??
dikala aku telah berjumpa dengan hamba mu yang aku rasa dapat memimpin aku kejalanmu,
kenapa dugaaan ini pula yang melanda..??
hadirnya tidak pernah ku duga..
dia datang sebagai seorang rakan dan sering bercerita dan membuat aku ketawa dikala aku sedang bersedih..
segala suka dan duka kami kongsi bersama..seolah-olah tiada langsung rahsia diantara kami..
dari seorang rakan,terbit rasa sayang dan cinta yang tidak pernah aku menyangka..
mungkin benar kata orang tuaku..
orang perempuan dan lelaki tidak boleh menjadi kawan kerana suatu hari nanti akan muncul perasaan sayang dan cinta yang tidak diduga..
mungkin inilah yang aku alami saat ini..
aku sangat bahagia bersamanya..
sudah lama aku tidak merasakan bahagia seperti ini..
tapi mengapa disaat aku sedang bergembira di sisinya,
hadir seorang wanita dari masa lalunya untuk menuntut janji lalu..??
dan membuatkan dia keliru..??
aku mengerti perasaannya..
memang sukar untuk melupakan seseorang yang pernah hadir dalam hati kita..
aku tahu dia keliru untuk memilih diantara aku ataupun sidia..
tidak pernah berniat di hatiku untuk memaksa dirinya untuk memilih aku..
bagiku,seandainya masa lalunya dapat membuat dirinya bahagia,
aku rela lepaskan dia pergi walaupun hatiku berat dan terluka..
cinta tidak semestinya untuk dimiliki..
cinta adalah merelakan orang yang kita cintai bahagia dengan pilihannya walaupun bukan bersama kita..
aku akan biarkan dirinya berfikir dan membuat keputusan yang terbaik untuk masa depannya..
apapun jua keputusannya,aku akan redha dan terima semuanya dengan tenang...insyaallah..
jika itu yang terbaik buat nya, 
aku jua akan turut berbahagia apabila melihat dia berbahagia...

Monday, September 10, 2012

kekeliruan dihatiku...

apakah diriku kau tak perlu lagi
adakah cintaku kau tak perlu lagi
adakah dirimu dah berubah hati terhadap diriku

adakah insan lain bertahta di hatimu

hinggakan dirimu melupakan cintaku
manakah janjimu yang kau beri dulu kepada diriku

kau pernah berkata

cintamu adalah selama-lamanya..
bulan menjadi saksi pada malam itu
kau kata kau cinta

sayangku dengarlah rintihan hatiku

ku ingin kau kembali seperti dahulu
kenangan di jiwa membuatku rindu kepada dirimu

kiranya diriku kau tak perlu lagi

simpanlah kenangan cinta kita di hati
walaupun sukarku untuk ku lalui
biarlah ku pergi...
maafkanla diriku ini...

..

Sunday, January 1, 2012

maafkan aku krna mencintaimu...

aku mencintaimu sejak dulu lagi,
namun aku tidak berani meluahkannya..
jika aku melafaskan padamu,
sudah tentu hancur hatinya
yang menemuaimu dulu
dari aku
dan dia adalah sahabat baikku..

tapi hatiku bagai ditoreh
melihat kau bersama dengannya
sepatutnya aku yang berada di tempat itu
kerna kau tak mampu ku hilangkan
dari ingatan
tak semudah yang ku fikirkan 
ku harapkan

aku sedar,pada pandanganmu
aku cuma
sahabat baik kepada kekasihmu
aku mengaku kini,
aku tewas
aku hancur kerana terlalu mencintaimu..


engkau..

Engkau...
Bagai hujan yang sejukkan nafasku
Kala kemarau perihkan hati dan hidupku

Bersamamu...
Yang terindah dalam mimpiku
Sungguh kan damaikan hatiku
Bersamamu...
Yang terindah lenyapkan sunyiku
Sungguh kan hiasi tidur lelapku

Indah senyummu
Siratkan nadiku tuk berlari
Mengejar angan dan mimpi
Karena perjalanan ini masih sangat panjang
Dan takkan berakhir
Sampai akhirnya kan tercipta
Mimpimu dan mimpiku

Saturday, November 12, 2011

kemana hilangnya sinar..??

dalam hidup nie banyak perkara yang kita xsangka dan x kita duga yang akan terjadi..terutamanya tntang sikap manusia..dulu masa baru2 kenal smuanye indah..tapi bila daa msuk genap 1tahun bkawan,yang indah da btukar mnjadi sedih..kenapala manusia macam nie..??sedangkan aku tak pernah berubah walaupun sedikit,namun kasih dan sayang aku kepadanya samakin bertambah dari hari ke hari..Ya ALLAH..aku da penat hidup macam nie..semua insan yang aku sayang pasti akan sakitkan hati aku dan akhirnya meninggalkan aku keseorangan..apa slah aku..??hina sangat ke aku pada pandangan mata dia..??aku tahu aku xcantik macam gadis2 lain..aku tahu aku x pndai macam orang2 lain..tapi aku pn manusia jugak..yang punyai hati dan perasaan macam orang lain yang ingin di sayangi dan di cintai..tapi kenapa kisah hidup aku slalu jew menyedihkan,..???bilakah sinar kebahagiaan akan muncul dalam hidup aku..???

Saturday, April 23, 2011

i'm crazy with you...

I love the way you look at me,
Your eyes so bright and blue.
I love the way you kiss me,
Your lips so soft and smooth.



I love the way you make me so happy,
And the ways you show you care.
I love the way you say, "I Love You,"

And the way you're always there.



 I love the way you touch me,

Always sending chills down my spine.
I love that you are with me,
And glad that you are mine.
                                                                
(alifieyra always in my heart forever)

Sunday, March 13, 2011

19th related gurls bday....

assalamualaikum...

wahh..da lama fara tak post entry..maklumlaa..buzy dengan class,asgment n test..
daa nak jem kepala otak nie coz asyik bimbang kat studie..mana taknye..fara takut gagal dalam exam final nanti..
walaupun macam tu,fara tak lepaskan peluang untuk keluar tenangkan fikiran dengan kawan-kawan..

pada 7/03/2011 fara dengan dua orang lagi kawan fara dapat suprise thing daripada kawan2 rapat kiteorang..
tak sangka langsung yang dorang sanggup wat related b'day kat kiteorg..sweet sangat2..ahakks..


nie laa kawan fara yang sambut bday sama bulan ngn fara..horoskop kami pn sama..
sepatutnya 3 orang yang sambut bday skali..tapi dia ada hal time 2..jadi,tpksa la smbut 2 orang bday guls jew..




adegan suap menyuap diantara fara ngn marina..hehehehe...


inilah yang terjadi apabila sekumpulan budak2 nakal berkumpul sekali..hehehehe...

haaa..nie la hasilnya apabila seseorang di makeover menggunakan aising kek..hahaha..
cantikkan...???:)






nie laa kawan2 fara yang wat suprise related bday kat fara n wani zailan..
thanks sangat2 kat atiqah,meyra,marina,shima n ain for this sweet memory with u all..
i will never forget it..
i love u all..

Saturday, February 19, 2011

apa sebenarnya kawan...???

Apa erti kawan ?
Jika tidak suka menolong .
Apa erti kawan ?
Jika asyik bermasam muka .
Apa erti kawan ?
Jika kejujurannya dipertikaikan .
Apa erti kawan ?
Jika tiada rasa sayang .
Apa erti kawan ?
Jika tiada belas kasihan .
Apa erti kawan ?
Jika kebaikan tidak dinilai .
Apa erti kawan ?
Jika diri tiada teman ....
Kawan yang mulia ,
Kawan yang sebenar,
Kawan yang abadi..
ILMU
ialah kawan yang sejati !


Di manakah letaknya
kejujuran,
Apakah sebenarnya erti
pengorbanan,
Antara kuasa, cinta,
nafsu dan keinsanan.


Meskipun pelbagai kesengsaraan
menimpa hidupmu
walaupun kesakitan dan keperitan menjadi
bebanan
tabahkan hatimu
harungi lautan ini
demi matlamat yang kau gapaikan
bangunlah kawanku..bangun...


sebagai jasad yang berdiri di bumi bertuah ini
janganla disebabkan hal yang remeh,
persahabatan kita gadaikan
memang kita bukan yang maha esa
yang sentiasa mengampunkan umatnya,
tapi salahkah kita sama2 duduk berbincang
demi menyelesaikan sesuatu masalah..??
maaf sekiranya ada yang terasa..
bukan maksudku untuk menyinggung sesiapa
cuma aku tidak mahu persahabatan yang terbina sekian lama
terkubur akhirnya..


fara sayangkan mereka sangat2...
fara doakan semoga persahabatan kami akan berkekalan sampai ke akhir nyawa kami...
aminnn...

Wednesday, February 16, 2011

saat terakhir....

tak pernah terpikir olehku
tak sedikitpun kubayangkan
kau akan pergi tingalkan ku sendiri
begitu sulit kubayangkan
begitu sakit kurasakan
kau akan pergi tingalkanku sendiri










dibawah batu nisan kini kau tlah sandarkan
kasih sayang kamu …… begitu dalam
sungguh ku tak sanggup ini terjadi
kerna ku sangat cinta
inilah saat terakhirku melihat kamu
jatuh air mataku menangis pilu
hanya mampu ucapkan
selamat jalan kasih
satu jam saja kutelah bisa
cintai kamu,kamu,kamu dihatiku
namun bagiku melupakanmu perlukan waktuku seumur hidup
satu jam saja kutelah bisa
sayangi kamu dihatiku
namun bagiku melupakanmu perlukn waktuku seumur hidup
dinantiku

Wednesday, February 9, 2011

sama-samalah kita renungkannya...

Di awal 90-an, bilangan orang bertudung semakin ramai. Di mana-mana sahaja kita boleh bersua dengan wanita yang bertudung. Sama ada di kilang, di sekolah, di stesen bas, di pejabat, di universiti dan di politeknik malah beberapa pengacara televisyen dan radio pun sudah memakai tudung. Alhamdulillah tetapi.......

Tetapi yang menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui ditaman-taman bunga, di tempat-tempat hiburan, berpegangan tangan dengan teman lelaki, dipanggung wayang atau kalau dahulu wanita bertudung bersih mukanya daripada calaran alat-alat make up, tetapi kini dengan mudah kita boleh jumpa wanita bertudung berpeleseran dengan teman lelaki di tempat-tempat sedemikian.

Tudung berwarna warni mengikut fesyen sesuai dengan aliran zaman dan fesyen baju. Kadang-kadang pakai tudung pun tidak sempurna mengikut syariat. Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup dan hendak buka. Akhlak dan tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih buruk daripada mereka yang tidak memakai tudung atau buka aurat.

Sesetengahnya bertudung tetapi tidak sembahyang. Imej wanita bertudung telah tercemar dengan wanita-wanita yang menjadikan tudung sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan. Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung wayang, malu untuk berasmara, malu untuk ke tempat hiburan dan sebagainya.

Tetapi kini tudung sudah tidak mempunyai peranan untuk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah maksiat.

Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita-wanita yang bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian tudung. Ramai wanita yang memakai tudung pada hari ini kerana terikut-ikut dgn suasana. Mereka lihat adik beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yang masih tidak bertudung. Lantaran itu mereka mengambil keputusan untuk memakai tudung, walaupun hati tidak berapa menyetujuinya.

Kini masyarakat telah menerima wanita yang pakai tudung. Ujian sudah tidak besar. Kadang kala orang lelaki yang hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah bertudung.

Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain memakai tudung lebih cantik dan manis, mereka pun hendak memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya, mengapa mesti pakai tudung. Ada juga yg terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada yg mahu menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai, sekejap buka. Lantaran itulah nilai orang yang bertudung pada hari ini sudah menurun.(petikan daripada al-azmi)

Monday, February 7, 2011

sApE sEbEnArnyE KitA......????

Hidup ini susah kita nak duga...
Kadang-kala kita rasa dekat dengan seseorang itu...
Tapi sebenarnya jauh...
walaupun kita dapat genggam tangannya....













Belum tentu hati dia kita dapat selami....
Mungkin kita dapat buat dia ketawa....
Tapi kita tidak tahu apa maknanya senyumannya..
Bila dia menangis....











Kita sangka kita dapat memujuknya...
Walhal....
Kehadiran kita langsung tidak disenangi....
Rencah dunia...
Kita tidak akan tahu siapa kawan sehingga sampai saat kita tersungkur...,
Adakah tangan dihulurkan...???
Atau kita akan ditinggalkan...?????

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

                       SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

Friday, February 4, 2011

mY cOusiN's DaY....!!!

               Ermm..kali nie fara nak cerita tentang hari yang paling ditunggu-tunggu oleh sepupu fara iaitu hari pertunangannya dengan insan yang dicinta beliau..fara tahu semua wanita tidak akan sabar untuk menantikan hari bahagia bersama insan yang dicintai masing-masing kan....???(sama macam fara jugakkk..hehehehehe)




haaa..nie la sepupu fara yang bertunang hari ini..liyana namanya...
kecik jew orangnya..(macam la fara nie besar sangat..hihihi..)

kesian dye..penat sangat2 uruskan hal pertunangan nie..tiap-tiap malam tidur lewat sebab nak siapkan gubahan hantaran untuk tunang kesayangan..law korang nak taw,semua belanja untuk wat kenduri nie,dye sendiri yang keluarkan modal..dye langsung tak gunakan duit mak nya..baguskan...???yewlaa..lagipun dye daa kerje..tentula dye mampu untuk kuarkan modal..bukan untuk orang lain jugakk..hihihihi...

Alaa..fara pun tak kurang penatnye..mane tak nye..semalaman fara dengan mak bertungkus-lumus ciapkan pelamin minah nie..haduyaii...ingatkan senang..rupa2 nya ley tahan jugak susah nak wat design untuk pelamin nie ek..huhuhu..baru la fara tahu..agagagagaga..

nie la hasilnye..huhuhu..simple jew pelamin nye..lagi pn untuk tunang jew..
law untuk kawen,baru la fara wat yang gempak2 punye..hihihi
okey x korang..??agak2 ley x jadik wedding planner...???hahahaha..





Thursday, February 3, 2011

mY LoVe sToRy....

I know there's an ocean between us,
and I wish that it weren't true,
for every day when I arise,
I yearn to be with you.
Though a lot of distance lies between us, 
you'll always be in my mind and my heart,
And every night beneath the stars,
I pray for the day we'll never be part.

Every day I will be thinking about you. When my eyes are closed, when I sing and dance to a love song, when I'm checking my email, I will be thinking about you. When I go to sleep in the loneliness of my room and give in to wonderful dreams I will definitely be thinking about you.

I know someday we will meet and spend our lives with each other. I have waited for someone like you, and now that I have found you I will never let you go. I love you so much dearr..



i'm sorry for everything that i have done to you..i didnt mind do like that..the situation had force me to do so..i'm really-really miss you dear..please come back to my life..its empty without you in my life...


please dearr...i'm persuade to you...i'm promise that i didnt do the same mistake again..

only you can lock and check-in in my heart forever untill i will die..

Wednesday, February 2, 2011

LuMrAh keHiDupAn..

       Jangan tertarik kepada seseorang kerana wajahnya.kerana kecantikan dapat menyesatkan. Jangan juga tertarik pada kekayaannya kerana kekayaan dapat dimusnahkan. Tertarik pada seseorang yang dapat membuat Anda tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah. Harap Anda menemukan seseorang seperti itu.
     Mimpi apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah apa yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.
   teman terbaik adalah dia yang dapat duduk di ayunan beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah kata pun, dan kemudian kamu ditinggalkan dengan perasaan memiliki percakapan yang panjang dengan dia.
. Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba. Karena hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang telah menyentuh hidup mereka.
 Rasanya sakit untuk mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Memberikan semua cinta kamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan mencintai kamu kembali. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggu sampai tumbuh di dalam hati mereka, tetapi, jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.

pEnipuaN yG mEnyiKsaKaN...!!!!

               Malam nie aq rasew moody gler...benci,mnyampah,serabut,tension,cemburu,nak muntah,semua ada dalam kepala otak aq nie...kalau di mixkn boleh jadi rojak yang paling PEEHHHHH....!!!!! menjijikkan kot...
mybe hari nie adalah hari paling buruk buat aq(mybe laa..)..
           pagi-pagi lagi aq da kne pergi menyemakkan diri kat dalam bank islam semata-mata mydad suh g tukar cek dye...nk smpai kat bank 2 da la satu hal..jalan punya la jem sampai bersusun kenderaan kat jalan raya..mentang2 la esok CNY..smua orang nak kuar shopping(xtw btul kew x....)punya la siksa aq nk gerakk..haduyaii...sampai kat bank plk,fuyooo....berlimpah2 orang yang beratur kat ATM ngn yang tengah tunggu nmbor gliran msing2..aq yang dok dalam 2 rasew macam ikan sardin pon adew..sakit kaki coz berdiri lama2 dalam 2 cuma tuhan jew yang taw weii...rase cm nk tercabut pn adew..

            Lepas jew siap urus niaga aq dengan bank,perot lak wat hal...hadoiii...di sebabkan aq nie adew gastrik,so kne la aq isikan perot aq nie...best kot lunch aq ai nie..KFC with my lovely cousin..huhuhu...aq ngan dye nie da macam kembar siam..manew ada aq,ada la dye..hehehe...
           Tengah sedap2 aq dok layan KFC kt taman ngn meyra,adew lak yang ganggu aq lending kt c2,..ee..gram tol..nasib baik dye 2 my dad a.k.a my bank..hahahaha...tiba2 mydad suh aq g tgok second wife dye kt hospital..aduyaiii...malas tahap gaban da aq time 2..da la aq xske kt tenok 2..dye suh aq g tgok lak..ermm..siksa nya idup aq hanya tuhan jew taw coz tpaksa ikut kehendak dad..lagipon aq xsmpai aty nk tipu or sakitkan aty my mum..cukup la ngn luka2 yang dh sedia ada pda mum aq..da xsanggup aq tgok dye ngis d sbabkn mydad..tapi pew ley aq buat..aq kne trutkn jgak khendak dye..,
          Dengan hati yang sakit,aq pergi la jugak tgok si tenok 2..hemm..mnyampah aq...tapi aq g skejap jew..xdew mknenye aq nk mnatap muka dye 2 lama2..ek eleh..rindu kt aq la konon..macam la aq pecaya sgt..bley blah la dye pnye rindu..gatal ketiak aq dengar..hahahahahahahahaha....

gEnG2 skOdEnG...!!